Thursday, May 28, 2009

Chin Peng?


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa,
Ketua Parti Komunis Malaya.

Datuk Muhammad Abdul Ghani
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia:

"Komunis guna pendekatan secara halus termasuk melalui politik dengan mencetuskan ketegangan kaum, demonstrasi dan sebagainya supaya rancangan kerajaan memajukan negara terbantut.

Jadi komunis ini macam iblis yang mempunyai sifat tidak jemu-jemu memperdaya dan menipu manusia dengan hasad dengki mereka" .


Kolonel Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar
Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu

" Langkah tegas kerajaan itu amat tepat kerana jika Chin Peng dibenarkan pulang, rakyat pasti akan tetap membantah.

Malah sentimen anti-komunis pastinya akan kembali timbul dan memuncak kerana ramai rakyat negara ini yang mempunyai ahli keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

"Pak Ngah saya, Abdul Karim Bidin dibunuh komunis pada September 1945 masa saya umur 12 tahun. Saya ingat lagi komunis ketuk pintu pukul 4 pagi cari Pak Ngah saya dan kemudian bawa arwah ke jalan kereta api Kampung Perigi Jernih pada pukul 4 pagi sebelum ditembak dan ditikam sampai mati.

"Sebab itu saya masuk Askar Wataniah sejak tahun 1949 sehingga bergelar Kolonel kerana melihat kekejaman komunis terutama setelah Pak Ngah saya dibunuh kejam bersama ramai lagi di kampung saya.

"Kekejaman komunis tidak terungkap dengan kata-kata, betapa ramai yang menderita. Jadi jangan sesekali dipelawa dan dibenarkan Chin Peng kembali"







0 Comments:

Post a Comment

<< Home