Katrina Oh Katrina...
Taufan Katrina sebagai tentera yang dihantar Tuhan
Laman web Islam menggelarkan Taufan Katrina sebagai tentera yang dihantar Tuhan
DUBAI: Beberapa pengendali laman web sudah mula menggelar taufan Katrina yang membawa kemusnahan dahsyat di selatan Amerika Syarikat minggu lalu sebagai tentera Allah.
Katrina, tentera dihantar Allah untuk berjuang di sisi kita...Katrina bersama kita memerangi Amerika, kata satu laman web kendalian orang Islam.
Satu lagi laman web berkata: Allahu akbar. Tentera Allah Taufan Katrina memusnahkan Amerika. Jangan anggap Allah tidak marah terhadap kezaliman.
Laman web banyak memuatkan gambar kemusnahan yang dibawa Katrina di Florida, Louisiana, Mississippi dan Alabama minggu lalu, termasuk gambar bangunan roboh, kereta terbalik, jalan ditenggelami air dan juga bendera AS koyak rabak dipukul taufan.
Gambar berkenaan seharusnya menjadi pengajaran, kata seorang pengendali laman web.
Walaupun, kuasa besar dunia dan memiliki teknologi tinggi, Amerika tidak berupaya menghadapi kuasa Allah, tambahnya.
Seorang lagi pengendali laman web yang menghiasi laman webnya dengan gambar pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dan Abu Musab al-Zarqawi, berkata: Amerika senyap sunyi mengenai jumlah kematiannya.
Akhbar di dunia Islam turut memuatkan komen mengenai bencana itu.
Akhbar Kuwait berbahasa Arab memetik pengarah Pusat penyelidikan Wakaf, Mohammed Yussef al-Mlaifi sebagai berkata:
Apabila televisyen satelit memaparkan gambar kemusnahan yang dibawa oleh Katrina ia mengingatkan saya sabda Rasulullah Angin ribut menghancurkan satu kumpulan manusia dan memberi rahmat kepada yang lain.
Saya tidak fikir - dan hanya Allah yang mengetahuinya - ribut ini yang memusnahkan keseluruhan bandaraya di AS - adalah angin ribut rahmat.
Ia adalah ribut bencana yang dihantar Allah kepada empayar Amerika ini, kata al-Mlaifi, yang dipetik akhbar harian Al-Siyassa.
Tetapi agak aneh selepas banyak dicapai Amerika dari segi usaha kemanusian, angin ribut ini menghancurkan bandaraya Amerika? Adakah ribut ini sudah bersama-sama pertubuhan pengganas Al-Qaeda?" AFP
Ramai pengendali laman web menyamakan kemusnahan yang dibawa Katrina dengan kehancuran yang dibawa tentera AS di Afghanistan dan Iraq.
Amerika memerangi Islam atas alasan perang menentang keganasan, membunuh ramai yang tidak bersalah di Afghanistan dan Iraq dan menyokong entiti Zionis (Israel), kata satu laman web.
Dalam pada itu ada pengendali lama web kendalian orang Islam menyatakan kesedihannya melihat ramai menjadi mangsa Katrina.
Tidak syak lagi, pemimpin AS banyak menindas tetapi rakyat AS tidak bersalah. - AFP
5 September, 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home