Monday, May 22, 2006

Siapa Iqbal Hafiedz?

Iqbal Hafiedz pendebat terbaik Asia

SHAH ALAM: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Iqbal Hafiedz Ahmed Bazari mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi pelajar Melayu pertama dari Malaysia meraih gelaran pendebat terbaik Asia, baru-baru ini.

Iqbal Hafiedz, 26, pelajar Fakulti Pengajian Perniagaan Antarabangsa UiTM dipilih sebagai pendebat terbaik dalam Pertandingan Debat Antara Universiti Seluruh Asia di Langkawi, Kedah, yang diadakan selama seminggu bermula 6 Mei lalu.

Beliau berkata, kejayaan yang diraihnya sangat bermakna kerana beliau mampu menewaskan 263 orang pendebat dari seluruh Asia dalam pertandingan berprestij itu. Beliau memenangi trofi dan wang tunai RM1,000.

“Kejayaan ini memang saya nantikan dan ia menebus kekecewaan pasukan UiTM yang tewas di peringkat separuh akhir. Saya bangga kerana ia mengangkat nama anak Melayu dan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sebanyak 11 negara menyertai pertandingan debat tahunan itu seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, Korea Selatan, China, Jepun, Filipina, Brunei dan Singapura. – Bernama

BH 22 Mei 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home