6 Panduan Hadapi Tekanan Ekonomi
Oleh Lokman Ismail
Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sudah menjadi perkara biasa dan sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat itu.
Islam menyediakan garis panduan yang sesuai untuk menghadapi situasi ini dan antara yang diberi penekanan ialah:
# Berjimat cermat atau teliti dalam mengurus perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan kerana sikap berjimat memperlihatkan unsur kebijaksanaan iaitu berbelanja mengikut keperluan, bukannya nafsu.
# Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara tidak perlu.
Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan tidak dapat menampung keperluan semasa. Rezeki diperoleh perlu dihargai dengan cara memaksimumkan manfaatnya.
# Bersederhana adalah langkah bijak bagi kesejahteraan berterusan. Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimumkan kepuasan kerana kepuasan sebenarnya bergantung kepada cara kita menghargai apa yang dimiliki dan dirasai.
Syaitan sentiasa membisikkan perasaan melampau, sama ada boros atau kedekut.
Sikap itu ditegah sebagaimana firman Allah bermaksud: “Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin, dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)
# Elakkan pembaziran kerana Islam melarang pembaziran yang dikaitkan dengan amalan syaitan.
Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak ia menyebabkan pembaziran. Oleh itu, bijak membuat anggaran bagi mengelak pemnaziran.
# Elak perbelanjaan tidak perlu. Islam menegah umatnya berbelanja secara sia-sia, lebih-lebih lagi jika wang digunakan kepada perkara mendatangkan keburukan.
Individu yang dikuasai syaitan membelanjakan wang untuk membunuh diri sendiri seperti minum arak, ketagih dadah dan perbuatan yang jelas membahayakan.
# Islam sememangnya amat mementingkan soal meningkatkan produktiviti agar memperoleh sesuatu yang lebih baik.
Melipatgandakan usaha dan memaksimumkan pengguna sumber tenaga, fikiran dan kemahiran dapat meningkatkan produktiviti.
Sesiapa yang melakukan seperti apa dianjurkan dan menjauhkan apa yang dilarang agama, pasti mampu menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang dan setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home