"I sound like stupid if I speak in Malay"
"I sound like stupid if I speak in Malay"
Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton khususnya orang Melayu termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Lebih memeranjatkan khalayak pada malam itu ialah apabila Sharifah Amani mengakhiri ucapannya dengan berkata:
“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’
UM 15.08.2006
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani mengejutkan hadirin apabila memperlekehkan bahasa Melayu semasa berucap selepas menerima anugerah itu, malam tadi.
Katanya, dia rasa seperti orang bodoh jika bercakap dalam bahasa Melayu kerana kurang fasih, sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris.
‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ katanya ketika diberi peluang membuat ucapan sebaik sahaja menerima anugerah itu kerana lakonannya dalam filem Gubra.
Katanya, dia rasa seperti orang bodoh jika bercakap dalam bahasa Melayu kerana kurang fasih, sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris.
‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ katanya ketika diberi peluang membuat ucapan sebaik sahaja menerima anugerah itu kerana lakonannya dalam filem Gubra.
Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton khususnya orang Melayu termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Lebih memeranjatkan khalayak pada malam itu ialah apabila Sharifah Amani mengakhiri ucapannya dengan berkata:
“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’
UM 15.08.2006
1 Comments:
Maka hebohlah seantero negara, perihal Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) Sharifah Amani menghina dan merpelekehkan Bahasa Melayu ketika berucap selepas memenangi anugerah tersebut. Ucapan spontan beliau yang berbunyi "I sound like stupid if I speak in Malay." (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu), bukan sahaja mengecewakan para penonton yang menyaksikan siaran itu secara langsung di kaca TV, malahan turut mengguriskan hati Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Terkadang, saya merasa lucu melihat keadaan ini. Mungkinkah apa yang dilakukan oleh Sharifah Amani ini adalah satu bukti jelas kepada kita betapa generasi akan datang akan terus memperlekehkan bahasa ibunda. Soalnya siapakah yang harus dipersalahkan ?
Beliau ada sebab untuk berkata demikian kerana baginya, sejak dari kecil hingga sekarang semua ahli keluarga terdidik dengan percakapan bahasa Inggeris di rumah. Lantaran itu beliau menjadi "Pelat" untuk bercakap Melayu. Bukankah janggal bunyinya "Pelat" bercakap Melayu bagi seorang yang berbangsa Melayu. Jika "pelat" itu bagi seorang yang berbangsa asing mungkin ianya tidak terlalu janggal.
Tetapi itulah hakikatnya. Usah disalahkan Sharifah Amani seorang. Beliau hanyalah anak muda yang tidak mengerti perjuangan bangsa agaknya. Beliau tidak mempunyai kuasa untuk memperjuangankan martabat bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri.
Apa yang kita harus sedar dalam diam, kini anak-anak kita juga telah ditanam dengan pembelajaran bhasa Inggeris sejak dibangku sekolah rendah lagi. Jika dulu bahasa Inggeris hanya digunakan untuk subjek Bahasa Inggeris tapi kini bahasa tersebut telah digunakan sepenuhnya dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Justeru itu siapakah yang bertanggung jawab terhadap ini semua.
Biarpun terdapat kritikan demi kritikan daripada pihak-pihak tertentu agar subjek teras itu dimelayukan kembali, namun hingga saat ini ia semakin nampak samar-samar. Apa yang jelas ramai anak bangsa Melayu yang menghadapi kesukaran untuk memahami subjek berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Ini berbeza dengan anak-anak masyarakat bandar sebenarnya.
Maka, kecaman yang dibuat terhadap seorang pelakon seperti Sharifah Amani biapun pedas bunyinya namun usahlah dianggap terlalu serius. Ini kerana apa yang dilakukan oleh beliau adalah menunjukkan yang beliau kini amat mahir dengan bahasa Inggeris hingga terlupa dan tidak dapat bercakap dengan baik dalam bahasa ibunda sendiri. Apakah kita harus melihat lebih ramai generasi muda akan datang akan terus lupa dan menjadi seperti beliau?
Sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang. Hasrat untuk memperkasakan bahasa seperti yang dililhamkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan baru-baru ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya langkah-langkah drastik tidak diambil mulai sekarang untuk kembali memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa utama dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Jika, mentaliti kini masih beranggapan bahawa hanya bahasa Inggeris yang boleh membawa kemajuan sesuatu bangsa itu maka akan punahlah jatidiri bangsa itu sendiri sebenarnya. Marilah kita kembali kepada hakikat sebenar dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa bahasa Melayu sememangnya kini semakin terpinggir dek arus pembangunan. Sia-sia saja perjuangan yang dibuat oleh pahlawan Melayu terdahulu seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi. Bak kata pahlawan Hang Tuah "Tak Melayu Hilang Di Dunia"
Namun kini, sikit demi sedikit budaya Melayu terhakis, tanah orang Melayu tergadai, bangsa Melayu tercemar dan kini bahasa Melayu bakal hilang ditelan dek zaman. Apa yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu, sejak dulu hingga kini masih kekal selamanya. Apakah kita sedar akan perkara ini, atau sengaja buat tidak sedar hanya kerana memikirkan periuk nasi kita ?
Bangkitlah wahai umat Melayu, insiden yang berlaku kepada Sharifah Amani dalam FFM19 sebenarnya harus membuka mata semua pejuang Melayu dan kerajaan agar kembali mendidik minda dan jiwa anak-anak kita hari ini dengan nilai-nilai kemelayuan termasuklah mermartabatkan semula bahasa Melayu.
Usahlah kita terlalu marah dengan Sharifah Amani, sedangkan sebelum ini begitu ramai pemimpin yang lebih agung dari beliau yanh terang-terangan lebih gemar berucap dan bertutur dalam bahasa Inggeris apabila ditemuramah dan sebagainya. Jika tidak sepenuhnya pun, pasti bahasa Melayu akan dirojakkan dengan bahasa Inggeris kononnya atas nama "Standard","Advanced" dan lebih profesional.
Inilah sebenarnya yang menyebabkan generasi muda hari ini, semakin hari semakin lupa indentiti Melayu itu sendiri. Marilah kita sama-sama memperjuangkan serta mermartabatkan kembali bahasa Melayu dalam pentadbiran, pendidikan dan urusan seharian kita.
Jadikanlah insiden yang melibatkan Sharifah Amani sebagai ikhtibar dan sempadan agar tidak akan lahir lebih ramai lagi generasi muda seperti beliau yang terlupa nilai-nilai bangsa Melayu itu sendiri.
Post a Comment
<< Home