Thursday, July 16, 2009

Endeavour

Kapal angkasa Endeavour berlepas dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida. Endeavour membawa tujuh angkasawan untuk misi di Stesen Angkasa Antarabangsa. - Gambar REUTERS

Wednesday, July 15, 2009

Natrah

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.