Thursday, May 25, 2006

Elektrik Naik???

FIKIR: Salary RM3,000 per month ok ka?

Let's to do some calculations here. In Malaysia the average family income is RM3000 (Father works, mother doesnt). I understand there are a lot of families whose income don't reach RM3000, but, to make things simple, lets take RM3000 as the figure. ok la right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. ngam ngam..

Calculation starts...

Electricity and water bil RM100 (no aircond, no home theatre, no water heater k?)

Telekom and Handphone bil RM100 (cannot make a lot of calls one you know? NO Streamyx also)

Meal for the whole happy family RM775 (3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons????)

Papa makan/teh tarik during working hours RM155 (RM5/day, RM5 can eat what?)

Car repayment RM400 (a proton saga aeroback, 7 years repayment)

Petrol RM300 (Living in City, Jam) Go to work, bring son to school, only can afford one car running.

Insurance RM650, (kids, wife and myself).

House repayment RM750 (Low cost housing repayment for 30 years, retired still have to work to pay house!)

Tuition RM80 (got that cheap meh?? No, I don't think so)

Older children pocket money @ school RM20 (RM1/day, eat bread??)

School fees RM30 (enough ah??)

School books and etc etc. RM100 (always got extra to pay in school)

Younger children milk powder RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper)

oh wait!!! I have to stop here, so... No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD, no online, cannot KFC, cannot Mc Donald, cannot go Park walk during weekend(petrol expensive), no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EI.. Shit! RM3610 already.. EPF belum potong, income tax lagi,........ oledi --- RM610... How to

survive laa tuan-tuan dan puan-puan sekalian??? Our Deputy Prime Minister ask us to change lifestyle? How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study? Besides that, I believe in Malaysia

population, there are millions of Rakyat Malaysia which still don't earn RM3000/month!!!

What is this? Ini lah Malaysia Boleh.. Sorry.. it should be Malaysians

Boleh, because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!!!

p/s - Hari ni 25/2/2006, eletrik naik 12% kalau dulu belanja RM100 sebulan sekarang dah RM112 sebulan. Kerajaan Barang Naik memang bagus... najib kata rakyat Malaysia perlu ubah cara hidup... aku kata ubah kerajaan...

Monday, May 22, 2006

Siapa Iqbal Hafiedz?

Iqbal Hafiedz pendebat terbaik Asia

SHAH ALAM: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Iqbal Hafiedz Ahmed Bazari mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi pelajar Melayu pertama dari Malaysia meraih gelaran pendebat terbaik Asia, baru-baru ini.

Iqbal Hafiedz, 26, pelajar Fakulti Pengajian Perniagaan Antarabangsa UiTM dipilih sebagai pendebat terbaik dalam Pertandingan Debat Antara Universiti Seluruh Asia di Langkawi, Kedah, yang diadakan selama seminggu bermula 6 Mei lalu.

Beliau berkata, kejayaan yang diraihnya sangat bermakna kerana beliau mampu menewaskan 263 orang pendebat dari seluruh Asia dalam pertandingan berprestij itu. Beliau memenangi trofi dan wang tunai RM1,000.

“Kejayaan ini memang saya nantikan dan ia menebus kekecewaan pasukan UiTM yang tewas di peringkat separuh akhir. Saya bangga kerana ia mengangkat nama anak Melayu dan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Sebanyak 11 negara menyertai pertandingan debat tahunan itu seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, Korea Selatan, China, Jepun, Filipina, Brunei dan Singapura. – Bernama

BH 22 Mei 2006

Friday, May 19, 2006

Nikah Misyar

Bicara Kalbu: Nikah Misyar kurangkan jumlah ‘anak dara tua’

BARU-BARU ini, ada dilaporkan dalam akhbar tempatan bahawa Perhimpunan Perundangan Islam yang berpusat di Makkah meluluskan ketetapan untuk membenarkan lelaki Islam sunnah mengamalkan perkahwinan ‘Misyar’. Mengikut laporan itu, "melalui perkahwinan Misyar, lelaki dibenarkan berkahwin dengan seseorang wanita tanpa tinggal bersama atau bertanggungjawab penuh menyara hidup isterinya". Ia satu bentuk perkahwinan sementara seperti mutaah, bezanya ialah mutaah ada tarikh perceraiannya manakala “Misyar’ tidak ada tarikhnya. Saya tidak begitu faham, apakah ia menurut syariat atau adat kerana dalam laporan akhbar itu perkahwinan cara ini telah diamalkan sejak tahun 1825. Saya bimbang ia akan digunakan oleh musuh Islam dan pejuang wanita berfahaman melampau yang sentiasa hendak menunjukkan betapa Islam terlalu longgar dalam memelihara hak wanita.

PEJUANG WANITA ISLAM,
Kuala Lumpur.

Ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjawab persoalan nikah ‘Misyar’ di dalam Fatwa Muasaraah beliau jilid ketiga (belum diterjemah lagi ke dalam bahasa Melayu).

Isu yang timbul di negara Asia Barat ialah wanita ramai yang berharta tetapi tidak berkahwin. Ada di antara mereka yang tidak mahu komitmen. Ada yang hanya inginkan anak, manakala ada yang hanya sekadar inginkan harta si suami dan suami hanya datang ketika musim panas (bagi wanita di Jordan, Syria dan Lubnan).

Dalam persoalan ini, wanita itu sendiri bersetuju dan meletakkan syaratnya sebagai keredaannya untuk bernikah.

Di sini wanita itu dengan rela tanpa paksaan, malah sedar pilihannya. Maksudnya, bukan suami yang bersikap zalim, tetapi keputusan ini adalah di atas pilihan wanita itu sendiri.

Dr Yusuf Qaradawi memberikan komentar, nikah dalam bentuk sedemikian adalah sah dan tiada cacat celanya. Cuma yang mungkin timbul ialah perihal komitmen.

Jika wanita itu sendiri sudah bersedia untuk melepaskan haknya, maka itu adalah hak beliau sendiri. Satu kelebihan bagi lelaki.

Beberapa golongan wanita di rantau ini pernah menyokong idea seperti ini atas ‘nama kebebasan wanita’. Jadi wanita tidak terikat kepada suami dan juga bebanan rumah tangga.

Mereka juga menyokong mutaah kerana ia juga akan menjamin hak wanita untuk membuat keputusan dan tidak mengongkong wanita.

Saya berpandangan fatwa Dr Yusof al-Qaradawi dan ulama lain adalah berdasarkan prinsip ‘mengelakkan mudarat yang lebih besar’.

Mungkin cara ini satu jalan keluar bagi wanita matang yang berpangkat dan berkelulusan tinggi dalam mendapatkan suami yang lebih rendah kedudukan kewangan dan kelulusan akademiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan budiman. Wallahu Alam.

BH 19 Mei 2006