Tuesday, January 11, 2011

Iphone

Try update blog guna iphone. Dah lama tak update blog.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, June 22, 2010

PuduTembok Penjara Pudu 100 tahun akhirnya dirobohkan

Pada 21 Jun 2010 jam 10.00 malam...


Wednesday, May 05, 2010

MB Perak

Zon Larangan Merokok

Thursday, November 05, 2009

Kerja Dari Rumah

Pelukis pelan JKR bekerja dari rumah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis bagi membenarkan 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) bekerja dari rumah mulai Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan oleh kakitangan JKR.

“Saya telah mencadangkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapati pelukis pelan banyak menghabiskan masa bekerja dengan komputer dan beliau membenarkan.

“Kita percaya langkah ini berupaya meningkatkan produktiviti terutama kepada kakitangan perempuan kerana pada masa sama mereka mampu memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurutnya, melalui kaedah bekerja dari rumah, 35 pelukis pelan tersebut hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu dengan penyelia.

Katanya, jika projek perintis itu berjaya, ia kemudian akan diperluaskan kepada agensi-agensi lain di bawah kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, jika penilaian mendapati projek itu gagal meningkatkan produktiviti kerja, ia akan dibatalkan.

“Kementerian memberi masa tiga bulan iaitu sehingga Mac tahun depan untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan terhadap masa depan projek ini diputuskan.

“Kami bagaimanapun percaya, ia akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan,” katanya.

Petikan: Utusan Melayu, 5 November 2009

Tuesday, October 20, 2009

1Malaysia?

Konsep 1 Bahasa ,1 Bangsa dan 1 Negara?

Sekiranya PM Najib benar benar serious untuk menjayakan 1 Malaysia secara strategiknya, maka digesa agar diujudkan ‘Sistem Satu Sekolah Untuk Semua’ (SSS) dan sekolah vernakular dimansuhkan. Ini sesuai dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Ini juga secara strategiknya memupuk semangat kesefahaman, toleransi dan kerjasama antara kumpulan etnik yang dipupuk dari bangku sekolah lagi.

Thursday, July 16, 2009

Endeavour

Kapal angkasa Endeavour berlepas dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral, Florida. Endeavour membawa tujuh angkasawan untuk misi di Stesen Angkasa Antarabangsa. - Gambar REUTERS

Wednesday, July 15, 2009

Natrah

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.